Kelas Iklan FB Ads di Facebook Bersama Usahawan Online
20 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniDewasa ini terdapat banyak kaedah untuk pemasaran online yang berkesan. Untuk usahawan yang baru berjinak dan tidak mempunyai latar belakang dalam pemasaran sudah tentu sukar untuk melakukan aktviti pemasaran jangka masa panjang dan pendek.
Justeru itu, Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh terpanggil untuk melaksanakan kelas iklan FB Ads bersama usahawan telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Dengan penyertaan seramai 25 orang peserta terdiri dari usahawan sekitar Daerah Gua Musang yang berlangsung selama dua (2) hari dengan pelbagai modul.
Seterusnya, bertujuan memantapkan kemahiran pemasaran berkesan untuk perniagaan internet. Serta penggunaan tetapan media sosial ini melalui aplikasi yang disediakan. Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir di bilik latihan Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: